Sunday, July 4, 2010

round and round




                         



hohoho. esok sekolah. kasut pun tak kering lagi. jadi ? tak payah pergi sekolah esok. kahkahkah. hujan turun dengan lebat tadi. internet pun cam samar-samar. kejap-kejap terpadam. hesh. baju belum gosok. kerja sekolah pun ada yang tak siap. beg sekolah belum kemas. hohoho. setiap hari ahad,  saya memang macam ini. nak buat macam mana. lumrah dunia SaRa. nanti hari isnin mulalah buat silap mata depan pengawas gara-gara tag nama tertinggal di rumah. setakat ini dah dua kali SaRa terlepas dari pengawas kerana tak pakai tag nama. jangan esok lupa pakai sudah.

:DD hari ini along buat sup. yelahh. mama kan pergi kenduri kahwin anak pengetua sekolah dia dengan angah. hohooooi. sedaap ooooo. ada banyak brocolli, cauliflower, kentang dan lobak merah yang sedap lagi berkrim (hee.. saja nak iklan). tadi kan SaRa bangun pukul 9 pagi (hehe semalam pergi kl, balik penat ok ? ), tiba ternampak satu makhluk berwarna hitam di atas katil mama. haiyooo. kucinglah. SaRa pun angkatlah kucing tu dan halau dia tapi dia tak nak pergi. cepy ternampak dia dan macam takut-takut(macam nak terkencit  kucing tu). jadi, SaRa angkatlah kucing tu dan bawa ke luar rumah. so, the end.