Monday, October 25, 2010

hari ni, peperiksaan bahasa malaysia.
kertas satu, dua soalan yang membuatkan aku jadi tak tentu arah.
aku relaks sahaja.
aku ingat kata-kata cikgu hashimah tempoh hari -> dapat kertas jangan panik.

aku dah buat beberapa apabila membuka kertas 2, aku melihat bahagian a terlebih dahulu.
aku mengabaikan bahagian lain.
aku jawab sahajalah soalan tersebut dalam keadaan yang agak kelam-kabut.
ketika sedang menulis perenggan ketiga karangan itu, aku memandang arshad yang berada di timur lautku.
aku melihat dia merenyukkan kertas jawapannya.
aku melihat suatu yang belum pernah kulihat pada wajahnya sebelum ini, iaitu muka cebek seakan mahu menangis (GELAK DULU BARU SAMBUNG BACA *jahatnya aku ni.)
puan juriah datang menghampirinya.
arshad memandang wajah guruku lalu berkata "stres. takut tidak cukup masa, cikgu".
wajahnya menybabkan aku berasa cemas.
cikgu mengambil kertas yang direnyukkan arshad lalu merata-ratakannya.


12.50
aku dah buat beberapa aku siap membuat karangan bahagian c.
masa tinggal 35 minit lagi.
terasa bagai masa tidak mencukupi untuk membuat bahagian d.
soalan itu hanya bertanyakan tiga pengajaran.
aku pun mula menulis.
5 minit sebelum tamat waktu peperiksaan, aku selesai menjawab.

p/s: esok peperiksaan bahasa inggeris. jadi, selamat maju jaya, ya !! saya target a untuk subjek bahasa inggeris :)