Wednesday, February 16, 2011

New Update

Assalamualaikum,

           Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di seluruh planet Bumi ini. Semoga kita dapat mengikut sedikit demi sedikit sunnah Rasullulah s.a.w. kita. Amin. Maulidur Rasul ni, SaRa duduk rumah sahaja. Kakak SaRa balik dari Palong. Macam biasalah kalau dia balik, bising dan bingit telinga dengar dia membebel. HAHAHAA. *gelak ramai-ramai* Dia balik dah petang semalam. Daddy dengan Mama hantar.
   

Sebenarnya, SaRa baru balik dari latihan kawad kaki. Seronok gila kawad kaki. Walaupun mungkin nanti muka jadi sedikit gelap. Tak apalah. Tadi SaRa terlupa nak pakai pelindung matahari (sunblock). Pagi tadi, ada raptai kawad kaki dan perbarisan. Wahhhh. Penatlah juga bawa buku banyak-banyak. *menangis keseorangan. cehhhh* Lepas kawad tu, belajarlah. Kebetulan waktu Kemahiran Hidup, cikgu tengah sibuk menghias khemah rumah sukan dekat padang. Jadi, aku bacalah buku dengan geng kelas cikgu Kemahiran Hidup aku. Sebelum tu, aku nyanyi lagu Ana Raffali yang apa tu "Kalau berpacaran lalalalaala" tu.



             Lepas tu, SaRa, Lina, Ainul turun pergi bilik kokurikulum. Tengok bilik kokurikulum tiada orang. Wahhhh. Berjalanlah kami bertiga pergi kelas 5B jumpa kakak Kadet Polis yang anak Rahim Talib tu. Tak ingatlah nama dia.  Jalan punya jalan bla bla. Masuklah kelas. Tengok-tengok, Cikgu Norliah, cikgu Sejarah kitaorang dah mengajar. MasyaAllah, aku dah tertinggal sikit apa yang dia ajar tu. Lina keluarkan buku nota, salin apa yang dia tulis tu. Aku punya bekas pensel dekat Makmal Komputer, aku boleh lupa. Haihhh. Aku pergilah cari-cari dalam beg. Lama kot aku mencari. Lepas tu, aku perasan buku Mathematics aku tak ada. HAHAAA. Buku Maths tu ada dengan bekas pensel dekat M. Komputer. Ya Allah, boleh pula aku terlupa. Weeheee.



 Selamat tinggal. Jumpa lagi dalam pos yang seterusnya. 

SAYA MEMANG GUNA BAHASA BAKU.