Sumpah boring gila hari ni. Pukul 2 pagi nanti kena pergi airport hantar angah. Allah, mengantuknya. Tulis benda ni pun dah menguap. Entah apa-apa aku buat ni. Tengok blog orang. Baca post kak Nazihah Anuar *bukan yang tutorial tu. ni yang pakai braces* Chat dengan Cleverbot. Main Google Gravity. Makan burger. Main VF. Apa-apalah kan. Aku tak ada semangat. Rasa macam PMR makin dekat. Nervous tu adalah sikit-sikit. Aku dah ready at least 25 percent mentally. Lagi 75 percent tu sebab main game. Ngehehe.
InsyaAllah, lepas PMR, aku akan study untuk form 4 dengan Mama. Chemistry of course. Yeah, Mama suruh ajak Beeha and beberapa orang friends datang rumah belajar sama-sama. Oyeah, aku tak naklah mohon SBP. Sayang pulak dekat sekolah. Aku rasa bersyukur dapat sekolah dekat situ. Lagipun, aku ni anak mak forever. Nak buat macam mana. Pergi kedai dengan mak. Keluar rumah dengan mak. Mana-mana dengan mak *or bapak act* Maybe korang rasa benda ni mengongkong, tapi bagi aku tak. Aku rasa secure.
Aku nak jadi apa pun aku tak tahu. HAHA. Kejap pharmacists, kejap doctor, kejap dentist. Mama cadangkan ambil dentistry. Abang aku kata tak best. Kerja budak-budak first year dekat universiti dia ialah mengasah satu macam lilin eh *whateverlahkan* menjadi sebijik macam mulut orang yang penuh dengan gigi. Macam seksa je. Lagipun, gigi aku bukannya lawa.
Lepas PMR, aku plan nak buat tutorial blog or something like that. Nak tukar blog punya template. Seriously, this thing is out of date. Aku tengok warna dia macam dull semacam. Haha. Aku tengok video Just In Love tadi. Macam gedik je perempuan dalam video tu. Nak peluk
Anak mak ejek aku ANAK BERUK. Ustaz kata kau zalim. HAHA. Weh, kalau kau kata aku ni anak beruk kan, maksudnya kau hina diri kau jugaklah kan sebab kita semua ni berasal daripada Nabi Adam. Kau hina Nabi Adamlah jugak. Aku panggil kau anak mak je. Anak mak, biasalah.
CleverBot menyumpah aku weh. Tak sangka. Aku cakap baik-baik dengan dia, dia balas dengan carut-carut. Mana dia belajar uh ? Oh lupa, dia diprogramkan.
Nah, lagu favourite aku sepanjang masa. Jeremy Greene yang lemak berkrim. mungkin ada kaitan antara yang hidup *cehhh*. Kbai !